Thursday 20 October 2011

Ar-Rahnu adalah satu sistem pajak gadai yang ditawarkan oleh  bank rakyat dan Agro bank di Malaysia.




Ar-Rahnu mempunyai 2 sistem di Malaysia iaitu :


1. Sistem pajak gadai konvensional


2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam ( Ar-Rahnu )  






Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk 


kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba 


keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima 


pinjaman pula ialah RM5000.00

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.

2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.

3. Cas perkhidmatan yang rendah

4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.

5. Tempoh membayar balik yang munasabah

6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.


Bank Rakyat


Kebaikan:

1. Proses gadaian mudah dan cepat

2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000

3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak

4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut


Kelemahan:

1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu

    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.

2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan




Bank Agro

Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.

2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.

3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.

4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.

5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000

    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..

2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.






>>> dah besok nak presention pasal topik Ar-Rahnu sekaligus nak share..


^^ HAMBA C PENCURI

No comments:

Post a Comment