Thursday 20 October 2011

Ar-Rahnu adalah satu sistem pajak gadai yang ditawarkan oleh  bank rakyat dan Agro bank di Malaysia.




Ar-Rahnu mempunyai 2 sistem di Malaysia iaitu :


1. Sistem pajak gadai konvensional


2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam ( Ar-Rahnu )  






Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk 


kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba 


keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima 


pinjaman pula ialah RM5000.00

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.

2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.

3. Cas perkhidmatan yang rendah

4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.

5. Tempoh membayar balik yang munasabah

6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.


Bank Rakyat


Kebaikan:

1. Proses gadaian mudah dan cepat

2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000

3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak

4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut


Kelemahan:

1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu

    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.

2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan




Bank Agro

Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.

2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.

3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.

4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.

5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000

    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..

2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.






>>> dah besok nak presention pasal topik Ar-Rahnu sekaligus nak share..


^^ HAMBA C PENCURI

Khasiat jus carrot..


Carrot/lobak atau nama sentifik'y ‘ raphanus sativus  kaya dengan vitamin A,B, dan C serta dapat mengatasi pelbagai masalah serta penyakit seperti cirit-birit, sembelit dan tekanan darah tinggi.


Kebaikan carot merah :


  • Kaya dengan beta katorena, vitamin B dan C, kalsium serta potasium.
  • Baik untuk menguatkan sistem petahanan badan serta meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru..
  • Baik untuk kesihatan kulit dengan membantu melembapkan kulit juga memelihara kecantikan rambut dan kuku.
  • Bertindak membuang toksik dalam badan
  • Memanaskan badan. 


Khasiat dan kegunaan carrot merah dalam perubatan 


  • Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser.
  • Serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.
  • Bertindak untuk menghindarkan selsema.
  • Melancarkan aliran haid dan air kencing.
  • Berupaya mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung, penghadaman dan penglihatan. 
  • Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser.
  • Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. 


             Selain itu, carrot juga berkhasiat untuk mata. Carrot ini kaya dengan vitamin A yang wujud sebagai beta carotene. Kebiasaannya, masyarakat sekarang membuat jus lobak yang dicampur dengan susu.
Jus carrot juga baik untuk kulit dan juga sistem imunisasi badan.
Nutrisi dalam satu pound
Calories
179
Iron
3.2 mg
Protein
4.8 g
Vitamin A
48,000 I.U.
Fat
1.2 g
Thiamine
0.27 mg
Carbohydrates
37.2 g
Riboflavin
0.26 mg
Calcium
156 mg
Niacin
2 mg
Phosphorus
148 mg
Ascorbic acid
24 mg

> Dah tengah-tengah minum jus carrot ne....nak juga share kat korang apa khasiat carrot...so,amalkan la minum juss carrot..nak buat senang je...baik utk kesihatan....yamieeee ..







^^ HAMBA C PENCURI

Wednesday 19 October 2011

FENOMENA ALAM SEMULAJADI

Alam semulajadi sentiasa membekalkan kita dengan pelbagai keajaibannya dan tidak perna menghampakan kita dengan pelbagai fenomena yang di luar jangkauan imaginasi kita.

  OLD FAITHUL

Yellowstone ialah kawasan geseran yang paling dikenali di dunia kerana konsistensi letusannya yang berterusan meletus setiap jam yang berlalu. dianggarkan sehingga 8,400 gelen air panas yang memancut keluar di kawasan geiser tersebut yang mana sesetengah pancutan itu boleh melebihi 100 kaki. kawasan ini telah pertama kali dikenalpasti pada tahun 1870 dan sejak itu  dianggarkan lebih 30.000 buah letusan telah berjaya direkodkan di kawasan geiser ini.sepertimana kejadian fenomenan alam yang lain,tarikan pancutan geiser ini telah ramai menarik beribu-ribu pelancong mengunjugi dan menikmati keindahan alam semulajadi ini setiap tahun.



GUA DACHSTEIN
Gua sepanjang 150 batu yang dipenuhi ais dan agak menyeramkan ini dinamakan gua dachstein iaitu gua ais batu yang cukup terkenal di Austria yang letaknya ialah berhampiran tasik HALLSTATT. kolum-kolum ais yang sangat mengkagumkan, batu-batu gerbang selain kawasan tajam adalah dibentuk oleh udara yang bergerak dan mencairkan sebahagian daripada ais yang berada di situ.bergerak lebih ke dalam gua tersebut,maka akan ditemui sebuah glasier yang besar namun sepanjang perjalanan ke bawah itulah yang mana suasana sekeliling lebih mengkagumkan dengan fenomena ais-ais yang terbentuk itu menjadikan ia satu pemandangan yang sangat inda.

KELIMUTU
Kelimutu ialah sebuah kawasan yang terletak di indonesia dan setiap tahun begitu ramai perlancong akan berkunjung  ke situ untuk menyaksikan keajaiban tiga buah kawah gunung berapinya yang sangat menakjubkan yang mana ketiga-tiganya mempunyai warna-warna yang berbeza.kawah-kawah ini terletak pada kedudukan 1,639 meter tinggi iaitu di puncak gunung berapi di kepulann Flores dan yang menariknya , ketigi-tiga buah kawah gunung berapi ini akan bertukar warnanya dalam kadar yang kerap. Ia bergantung kepada masa pada tahun tersebut serta kandungan mineralnya yang berubah. walaupun seringkali beruba warna, namun warna utama bagi TIWU ATA POLO dan TIWU MURI KOO FAI ialah coklat  kemerahan ataupun hijau. Manakala sebuah lagi kawah di bahadian barat iaitu TIWU ATA MBUPU selalunya berada dalam warna biru.  


KALAU nak di kirakan sangat fenomena alam semulajadi tidak terkira, ada yang sudah kita ketahui dan ada yang belum ditemui..Pagi ini sempat selitkan tiga ini je...So,enjoy it...SALAM


                                                                                                                          ^^ HAMBA C PENCURI

ASSALAMMUALAIKUM


ASSALAMMUALAIKUM....
Dulu buka fs ( frindster )
sekarang dah main fb ( facebook) la pula..

DULU...

Kita suka baca blog org n  curi idea org tok panduan bt assgment,
Dan kini dah bt blog ini...

SO, APA ITU BLOGGER ( BLOG ) ???
kawan kita kata blog tempat kita berkongsi cerita,pengalaman,idea,pendapat n luah perasaan????eya ka??? betul la kan...

BLOG diperkenalkan oleh syarikat kecil iaitu PYRA LABS..
Pada tarik 22 August 1999 blog mula dilancarkan di laman internet seluruh dunia.
EVAN WILLIAMS adalah orang yang bertanggunjawab yang  mewujudkan laman blog kita ini setelah blog ini dibeli oleh google...

Itula dia serba sedikit sejarah blogger kita..
untuk perkongsian y p'tama... TERIMA KASIH  luangkan masa anda...


                                                                                                                            ^^HAMBA C PENCURI